Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Saturday, March 26, 2011

Kenapa?? Jangan!!

Kenapa perlu bercerita andai perkara menyakitkan hati dan jiwa?
Kenapa perlu berkongsi rahsia andai hati tidak percaya?
Kenapa perlu bercinta andai hati selalu curiga?
Kenapa perlu bersama andai dirimu selalu berprasangka?

Jangan membuka cerita jika hanya mengundang sengsara,
Jangan berkongsi rahsia jika hati berbelah rasa,
Jangan bercinta jika hati selalu curiga,
Jangan mencari salah jika masih ingin bersama,

KENAPA KAU PERLU BERUBAH ANDAI AKU YANG SALAH???

Thursday, December 9, 2010

PeSTa PEnANg?? Awesome..


Malam td kami p pesta penang..pergh..1st time selama 3 tahun 1/2 duk kat Penang ni.. hah! kami memang bertuah r..budak2 maktab ni ramai yang x pernah p pesta Penang ni walaupun dah berada kat sini lebih dari 5 tahun..huhu..kesian!! lagipun inilah peluang berenjoy setelah berjuang selama lebih sebulan menjawab papers yang ntah pe2 tatau..

Ramai gak yang p td..walaupun aku tunggu dorang lama gak tapi berbaloi r sebab ramai2 boleh join aktiviti..mula2 kami p naik "Challenger"..mencabar siot.menakutkan..huhu..aku ni lak konon2 nak wat macho r tapi last2 aku pun menjerit gak..haha.. tapi minah kat sebelah aku lagi kuat menjerit.. ntah pe2 ntah.. aku dengar dia cakap..

"abg, nak balik bang..takut bang."

dan macam2 lagi la..aku pun takut gak tapi xla menjerit sampai camtu sekali..hehe..

Aku dah tekad "AKU TAKKAN NAIK BENDA NI DAH SAMPAI BILA2"..

lepas tu kami P lak kat "Haunted Castle"..eleh x takut ni..aku wat2 berani..ntah pe2 ntah kat dalam tu. aku ingtkan syok..rupanya hampeh..bukan hantunye yang menakutkan aku tapi landasan roller coster single tu..haram jadahnye landasan..hantu ada tapi x takut pun.siap bg high 5 kat aku..aku layan je la..


Minah kat sebelah aku duk jerit gak tapi dia tutup mata..aku pun xtau pasaipa..nak sangat tengok hantu tapi takut..pe punya manusia da..

Cukuplah ye pengalaman malam ni..aku sje2 tulis ni..nak bg senior2 n junior2 maktab ni jeles ngan kami..haha..

COHORT 4 IS DA BEST!!

p/s: Kepada minah di atas..ampun maaf dipinta sekiranya kata2 mengguris rasa dan menyentuh jiwa..haha..cne sekalipun, saya tetap sayang awak!!

pic source: Aslam..tq bro..gua ambik x bgtau..haha!!

Friday, December 3, 2010

MoUSe JAmmEd!!

A (Bukan Nama Sebenar) menghadapi masalah dengan printer yang baru sahaja dibelinya sebulan yang lalu. Selepas diselidik printer tersebut, dia nekad menghubungi kedai yang berhampiran untuk bertanyakan cara mengatasi masalah tersebut.

A : Hello, kedai membaiki komputer?
B : Ye, Boleh saya bantu?
A : Printer saya menghadapi masalah.
B : Masalah apa?
A : Mouse jammed.
B : Maaf Encik, tapi setahu saya mouse tak diperlukan dalam penyambungan ke printer.
A : Ok. Kalau macam tu saya hantar gambar. Encik tolong tengokkan ye.


P/s: Comel kan mouse ni??hehe

Credit to:syam..

Friday, November 26, 2010

wANitA vS LeLAki


Rumitnya seorang WANITA!
Simplenya seorang LELAKI!


BUKU HARIAN WANITA:
Malam Minggu - Dia berkelakuan aneh. Sebelumnya kami berjanji nak makan bersama. Aku menunggu kedatangan dia di dalam bilik. Lama aku tunggu tapi dia sampai lambat. Mukanya selamba tapi dia diam tidak bercakap.

Dia x bercakap sepatah pun. Aku tanya dia ada masalah ke? dia cakap "takde ape". Tapi aku tau dia ada masalah. Aku tau bila dia tidak bercakap ada sesuatu yang mengganggu fikiran dia. Tapi apa? kami tidak bergaduh. Aku tidak cari pasal dengan dia. Selalunya kalu dia ada masalah dia akan cerita kat aku.

Masa makan aku tengok dia xdak selera nak makan. Selalunya dia x macam ni. Lepas makan kami p study sama2. Bila aku tanya soalan, dia senyum je. Then dia tulis jawapan. Tapi dia x cakap pun. aku sedih sangat. Aku tengok dia xdk mood je nak study. So, aku mintak balik awal. Dia setuju. Dia hantar aku balik tapi x ucap "bye" pun.

Dalam bilik, aku menangis sorang2. Aku mesej dia tapi dia lambat balas. Dia balas gak then cakap dia nak tdo. Letih dan xdk mood. Aku kecewa. Kenapa dia wat aku macam ni? Apa salah aku?

BUKU HARIAN LELAKI:
Hari ni Manchester United kalah dengan West Ham (kelab tercorot) - 2-0.. Hampeh!! Rosak mood aku..huhu

Moral: Fikir positif sebelum membuat andaian negatif!! Insyaallah hubungan akan aman bahagia..Peace!!

27/11/2010

malam ni aku rasa sangat tertekan..aku mengantuk tapi xleh nak tdo..mungkin ni disebabkan peristiwa tadi..kenapa awak buat saya macam ni?? apa lagi salah atau silap yang saya wat kali ni??
x cukup lagi ke jeles awak tu..awak x belajar ke cara2 nak atasi cemburu buta awak tu??
saya dh wat blog tentang cara nak mengatasi masalah ni..awak x baca ke blog saya?? tolonglah..saya betul2 rimas dengan cara awak ni..kalau awak betul sayangkan saya, tolonglah berubah..xsalah kalu nak jeles tapi biarlah bertempat..saya pun ada jeles gak tapi xla melampau cam awak..


p/s : Fikir dulu sebelum kata pe2..kerana mulut badan binasa, kerana kata manusia kecewa..

Monday, November 22, 2010

LaNGuaGE TeSTinG is SUCK!!!


yeah..untuk kali pertama aku rasa ni la exam paper yang paling tidak berguna yang pernah aku jawab..huhu..

bukan sebab soalan paper ni susah tapi sebab aku x suka subjek ni dan aku juga x suka saper2 yang mengajar subjek ni..memang petrisial la subjek ni!!



aku memang lega gila bila dah habis jawab tadi (walaupun banyak gak soalan aku x buat).. aku mls nk wat..xsempat kalu nak wat pun..so aku jawab pe yg boleh jwb je la..

Alhamdulillah syukur aku dah xyah nak fkir pasal subjek ni dah..tapi harap2 dapat gak la result yang elok untuk subjek ni..hehe!!

Adios:aku nak tdo dulu..esok ada exam len lak..

Friday, November 19, 2010

Ye..AKu tAk KiSAh!!


hg selalu fikir aku x kisah kan??

Ye..sebab hg x pernah fikir pe yang aku fikir dan x pernah kisah pe yang aku kisah!!

so lebih baik aku wat x kisah kan..

p/s : Kalu itu yang terbaik buat hang..itu gak yg terbaik buat aku!!