Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, October 31, 2010

CEmBurU!! tAnDa sAyaNg aTAu cUriGA???



Orang kata cemburu tanda sayang,

Ada yang cakap cemburu tanda tidak percaya,

Aku tau setiap orang ada perasaan ini, (termasuk aku)

Cuma sebab terjadi dan cara untuk mengatasinya je berbeza.

Jadi kat bawah ni aku nak tulis mengapa manusia cemburu dan bagaimana nak mengatasi masalah ini. (dari kaca minda aku la…)


MEngaPA MaNUSia CeMBurU??

1. Perasaan Curiga

- Ini yang dinamakan cemburu buta. Cemburu jenis ni bersifat negatif. Menakutkan hoho… bagi aku, cemburu jenis ni la yang akan merosakkan hubungan antara pasangan. Jika curiga wujud dalam hati, segala perasaan sayang, cinta, kasih, percaya, hormat akan hilang. Kenapa perlu curiga? Tanya hati, jawab sendiri..


2. Hasutan Pihak Ketiga

- Ini bukan je cemburu buta, tapi campur ngan pekak, bisu, bodoh, bangang.. cemburu ni memang negatif dan bodoh.. diulangi bodoh. Kenapa perlu percaya pada orang lain selain dari pasangan kita? pihak ketiga atau setan ni la yang mahu merosakkan hubungan kita dan wujudkan cemburu dalam hati. Apepun. Lu fikirlah sendiri!!



3. Tanpa apa-apa Sebab

- Ini yang dinamakan cemburu naluri. Cemburu ni wujud secara semulajadi. Aku tak mahu salahkan manusia yang ada perasaan ni. Tapi diharapkan agar fikir dahulu sebelum sesuatu perkara yang tidak diingini berlaku. Anda cemburu, anda yang sakit hati!! Not me..


4. Perasaan Sayang Terhadap Pasangan

- Ini aku namakan cemburu positif. Memang tak salah kalu kita nak cemburu dan memang perlu pun cemburu sebenarnya. Cuma pastikan cemburu kita bertempat. Jangan sampai pasangan kita rasa terkongkong dan tawar hati. Kalu perkara ni terjadi gak, goodbye la jawabnya.. jika sayang, katakan sayang..bkn cemburu tanda ukuran!!



Aku ingat nak tulis tips nak mengatasi cemburu ni tapi malas la plak. Aku tulis kat post lain la ye..chow2!! gua nak tdo..haha!! pe pun, ingat!! Allah bersama kita!!


Thursday, October 7, 2010

aKu & pANas BaRAn!!




Aku ni panas baran ke??
soalan ni selalu berlegar2 dalam minda aku ni..
sometimes aku rasa betul and sometimes aku rasa mcm x betul je..
aku pun xtau..Tapi apepun aku kena cari cara untuk atasi masalah ni..
aku cari n cari n then aku jumpa cara ni.. let see!!
Ni cara untuk kawal kemarahan..untuk aku ok ni..


Tips to help get my anger under control

  • Take a 'timeout.' i will count 1 to 10 before talk!!huhu.. susah gak nak duk diam ni.
  • Get some space. Take a break from the person you're angry with.. aku kena jauhkan diri ek?? em.. ikut je la..
  • Get some exercise. Physical activity can provide an outlet for your emotions. yeah.. this is gud..aku bole main frisbee..
  • Use humor to release tensions. Lightening up can help diffuse tension. Don't use sarcasm, though — it's can hurt feelings and make things worse.


  • Practice relaxation skills. include listening to music, writing in a journal and doing yoga. bek aku wat taichi..lg stylo..hoho
    aku akan cuba cara ni n aku harap cara ni berhasil la.. aku xmau dah panas baran. nanti kena darah tinggi gak, mati muda aku ni.

    p/s : yang, abg harap yg boleh tolong abg ye..kalu yang baca blog abg ni..yg pastikan abg wat pe yang abg tulis ni ye..I LOVE U!!

Tuesday, October 5, 2010

Putus? Putus!! NO WAY..



Aku dah biasa dengar kawan2 aku putus dan aku kesian kat mereka. Aku tau macamana perasaan mereka. Hari ni, benda ni mungkin jadi kat aku gak sbb hari ni 2 kali aku gaduh ngan awek aku. Sebab kami gaduh:


1. sebab dia ignore aku masa aku ajak dia berlatih storytelling.. (dia sibuk duk jahit baju).




2. sebab dia tak jawab soalan aku..


Malam tu plak dia cakap kat aku:

“yang undur diri dari hubungan kita sebab yang tak nak abang sakit hati lagi..semoga abang bahagia”.


Apa yang perlu aku wat?? aku pun tak tau nak watpe. Aku pun bingung.. aku sayangkan dia dan aku xnak hilang dia..aku perlu muhasabah diri.aku tau semua benda yg berlaku bukan salah dia.. ia nya bermula dengan aku.

So, kawan2..aku tau aku x layak nak bagi nasihat ke apa2 ke..tapi aku tau kita sebagai manusia xkan lari dari melakukan kesilapan..sebelum kita salahkan orang lain, eloklah kita fikir dahulu..dan jika kita tersalah menyalahkan orang lain, kita perlu mintak maaf kan..

p/s : Yang, abg mintak maaf ye!! abg tau abg salah.. abg sayangkan yang. apepun yang berlaku, abg xkan tinggalkan yang.. I LOVE U!!

Saturday, October 2, 2010

AL-Fatihah!!

Minggu ni ada 2 berita sedih dan mengejutkan yang aku terima..

1. Bonda sahabatku Syed meninggal dunia pada hari khamis 30/9/2010

2. Ayahanda sahabatku Fathudin meninggal dunia pada hari jumaat 1/10/2010

Lalu aku terfikir..hidup ni singkat je..kita takkan tau bila kita akan pergi meninggalkan dunia ini..aku harap semua benda yang berlaku ini dapat mengingatkan dan menginsafkan kita semua terutama sekali diri aku sendiri..



Semoga roh mereka dirahmati dan diberkati oleh ALLAH s.w.t.. sama2 lah kita berdoa agar mereka ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman.. Amin.
Al-Fatihah..